Monday, April 11, 2011

Tiada kata secantik bahasa

Current Mood: Normal mood
Current Listening: Ingin Bersamamu (Syafinaz)
Weather: Normal

Bila tinta bertemu pena
Terlakar kata penuh makna
Rangkap disusun penuh bahasa
Biar indah bahasa ibunda


Tiada aku kaya harta
Cuma aku kaya idea
Menulis puisi bukan untuk sayembara
Hanya sekadar suka semata

Bila malam menjelang tiba
Rakusnya idea datang menjelma
Tak lekang pena menari ria
Di atas kertas terhimpun bicara

Cintaku pada seni dan juga bahasa
Tak pernah padam walau seketika
Dari kecil ke remaja hinggalah dewasa
Aku berharap kekal hingga lanjut usia

Bahasa dikata jiwa bangsa
Jika rosak bangsa maka rosaklah bahasa
Harap bahasaku tidak hilang di dunia
Kerana ia berharga lebih dari emas permata

Kuhimpun segala kata biar ada satu rima
Bila dibaca seperti ada nada dan irama
Biarpun tidak nampak sebegitu sempurna
Tapi aku puas kerana terhasil sebuah karya

#sabrina#

No comments:

Post a Comment