Thursday, October 14, 2010

Saya mahu jadi..

Current Mood: Good Mood :)
Current Listening: Can't take my eyes off you (Heath Ledger)
Weather: suam..suam..kuku..~

Saya mahu jadi seperti angin
Sentiasa ada sekeliling awak
Bila awak panas
Saya tiupkan angin
Saya juga akan jadi angin yang tenang
Supaya awak tidak akan berasa sejuk
Saya akan buat awak rasa selesa
Saya juga akan buat awak rasa gembira sentiasa

Saya mahu jadi seperti matahari
Sentiasa menyuluh hari indah awak
Saya mahu hari siang awak menjadi ceria
Saya mahu awak gembira melihat bunga-bunga mekar
Dengan haruman lavender awak akan berasa tenang
Bila awak tenang, awak akan sentiasa tersenyum
Dan itu membuatkan saya gembira

Saya mahu jadi seperti bulan
Sentiasa menemani hari malam awak
Saya akan buat awak teruja
Saya akan tunjukkan awak keindahahan bulan purnama
Saya mahu awak bangga dengan saya
Bila saya jadi bulan
Saya akan temankan awak tidur
Saya harap tidur awak akan nyenyak

Saya mahu jadi semua itu sebab awak
Sebab saya mahu hari awak menjadi sempurna

#sabrina#

p/s: dedikasi untuk semua yang membuatkan hari aku sentiasa indah

No comments:

Post a Comment