Sunday, February 17, 2013

Pertemuan pertama

Semua itu telah tercatat di luh mahfuz
Mana mungkin pertemuan ini disengajakan
Tuhan temu dan pisahkan ada penjelasan
Tiada yang hadir dengan kebetulan

Thursday, August 23, 2012

Filem Pendek Anti-Rokok

Current Mood:Normal
Current Listening: -
Weather:IDK

Mari menonton bersama. Filem pendek mengenai anti-rokok. Kalau tak faham bahasa cina takpe kerana sarikata disediakan. Jangan banyak soal yang penting lihat dan faham.

P/S: Aku tak suka orang merokok dan jangan merokok di hadapan aku. Sila hormat!



Manusia Sempurna

Current Mood: Normal
Current Listening: Titanium (David Guetta ft Sia)
Weather: IDK

Wujudkah manusia sempurna? Sempurna dari semua aspek.. wujudkah? persoalan ini sering menjadi tanda tanya. Bagi aku sendiri manusia sempurna itu tidak pernah wujud. Setiap manusia biasa sudah pastinya ada kelemahan dan kekurangan. Aku juga ada kelemahan dan kekurangan luar dan dalam dan aku tidak menafikannya. Kelemahan dan kekurangan aku kadangkala dihina. Ini kadangkala membuatkan aku geram. Adakah aku meminta kehadiran kelemahan dan kekurangan ini hadir dalam tubuhku? oh, sudah pastinya tidak. Kelemahan diri mungkin aku boleh atasi tapi jika kekurangan diri? bagaimana pula? Aku tak tahu bagaimana hendak menjawab jika ditanya tentang kelemahan dan kekurangan aku. Aku juga tidak tahu bagaimana menahan perasaan sakitnya hati apabila kekurangan fizikal aku dijadikan persoalan. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana menciptakan aku dengan sebegini rupa. Cukup sempurna sifat. Aku tidak cacat. Bagi aku itu sudah cukup.

Ini adalah cerita aku. Cerita yang ingin dikongsi. Cerita seorang gadis biasa yang seringkali dipersoalkan tentang kelemahan dan kekurangan diri. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah terasa dihina sebegini sehingga aku berjumpa dengan seorang hamba Allah ini. Ramai yang berkata biarkan saja apa yang dikata olehnya. Pekakkan sahaja telinga. Tapi aku tidak boleh dan aku tak tahu kenapa. Mungkin aku suka mendengar diri aku dihina. Oh! apakah?.. Apa yang hamba Allah ini hina aku? Terlalu banyak. 

1. Mengapa aku tidak cantik?
    Aku sering ditanya soalan itu. Selalunya jawapan yang aku beri hanya diamkan diri dan biarkan sahaja dia mengomel seorang diri. Katanya aku tidak cantik. Buruk paras rupa tidak seperti gadis-gadis yang kebiasaan yang dilihat. Buruk benarkah aku? Katanya aku ini jika dinilai dari tahap cantik, tahap aku yang dibawah sekali. Buruk benar nampaknya. Menurutnya, dia pelik mengapa wujud aku, gadis hodoh. Aku tidak ada jawapan bagi soalan di atas.

2. Mengapa mata aku kecil dan tidak simetri?
    Mata aku juga dijadikan persoalan. Katanya gadis-gadis di luar sana mata mereka cantik. Besar dan menggoda. Kenapa tidak aku? Mengapa mata aku kecil dan tidak simetri? Sebelah besar dan sebelah kecil. Bagi dia itu sungguh jelik. Tidak normal. Gadis cina memiliki mata yang sepet. Adakah mata mereka hodoh?

3. Mengapa telinga aku besar dan leher aku panjang?
    Sungguh pelik dia melihat telinga dan leherku. Katanya telinga aku besar dan huduh. Dia seringkali meminta aku agar menyembunyikan telinga aku. Katanya jika melihat telinga aku yang besar ini dia tidak berselera memandangku. Setiap kali kami berjumpa, aku akan pastikan rambut aku dibiarkan jatuh dan tidak terikat bagi memastikan telinga aku ditutupi. Pernah sekali aku mengikat rambut lalu dimarahi kerana aku telah merosakkan pemandangannya. Mengenai leher aku pula, katanya panjang. Dia juga pelik wujudnya garisan dileher aku seperti leher dikelar. Bagi aku itu normal. Tidak pernahkah dia mendengar leher jinjang? 

4. Mengapa kulit aku gelap dan tidak mulus?
    Aku selalu bertanyakan kepada rakan-rakan. Gelapkah sangat kulit aku? Menurut rakan-rakanku, kulit aku tidak gelap. Biasa sahaja seperti kebanyakkan gadis lain. Tidak cerah tidak gelap. Aku melihat sendiri kulitku. Ya, benar kulit aku tidak gelap. Sawa matang warnanya. Tapi dari mata hamba Allah ini kulit aku gelap. Selain tidak berpuas hati mengenai warna kulit aku dia juga tidak berpuas hati mengenai kulitku yang berjerawat. Katanya aku ini tidak pandai jaga diri. Membiarkan jerawat tumbuh diwajah. Katanya, gadis-gadis yang lain muka mereka mulus kerana pandai menjaga diri. Adakalanya aku melawan, aku katakan aku juga menjaga diri tapi apakan daya jerawat tetap tumbuh. Tapi jawapan aku sering tidak diterima. Baginya aku hanya pandai memberi alasan.

5. Mengapa hidung aku tidak mancung?
    Soalah jenis apakah ini? Ya, memang benar hidung aku tidak mancung. Tapi ia normal. Dato' Siti Nurhaliza sendiri tidak memiliki hidung yang mancung. Hamba Allah ini menyuruhku membuat pembedahan plastik. Hidung seharusnya mancung begitu juga mata yang seharusnya besar dan menggoda.

6. Mengapa badan aku panjang dan kaki aku pendek?
    Aku melihat cermin. Aku tidak pelik. Sama sahaja seperti mana-mana gadis biasa. Apa yang pelik aku pun tidak tahu.

Banyak lagi yang pelik mengenai fizikal aku menurutnya. Cukup setakat ini aku menaip. Serba tidak kena aku dimatanya. Adakalanya bila marah dan geram tidak terkawal aku katakan aku tidak pernah minta untuk dijadikan begini. Marahlah kepada Allah yang menciptakan aku. Selalunya bila bertengkar mengenai hal ini, dia pasti tidak mahu mengalah. Oleh kerana itu, adakalanya aku hanya diam membiarkan diri aku dihina. Diam bukan bererti aku membenarkan kata-katanya. Aku diam kerana malas untuk bertengkar dengan orang yang keras hati. Dia seringkali mengatakan kasihan melihat aku. Katanya tidak ada lelaki yang inginkan aku. Aku tidak normal. Tiada siapa mahukan aku. Orang lain tidak mahu memberitahu keadaan sebenar aku kerana ingin menjaga hati. Dia sayangkan aku sebab itu dia memberitahu aku semua ini. Dia mahu aku menjadi normal. Menjadi gadis cantik. Dia mahu aku buka mata. Kata-katanya kadangkala membuatkan aku ingin ketawa. Lucu. Tahukah dia gadis hodoh inilah yang selama ini berada di sisi dia saat susah senang. Gadis hodoh inilah yang tidak pernah memandang pangkat dan harta yang dia miliki. Gadis inilah yang menerima kehadirannya dalam hidup tanpa ada sebarang syarat. Jika gadis ini gadis cantik, dia pasti tidak akan berjumpa dan mengenali gadis ini. Jika gadis ini cantik pasti dia tidak akan bercinta dengan gadis ini.

Jika aku bisa berkata tanpa sebarang sekatan, ingin aku katakan padanya..
"Cantik itu pinjaman Tuhan. Cantik itu tidak boleh memberi kebahagian. Jika kebahagian dan kasih sayang itu lahir dari cantik. Pastinya kebahagiaan dan kasih sayang itu tidak kekal lama seiring dengan kecantikan yang pastinya akan pudar dimamah masa. Cantik itu bukan untuk dipuja. Cantik itu bukan sandaran dalam hidup. Cantik hanya cantik. Cantik hanya boleh dilihat.."

Semua makhluk Allah itu cantik ciptaannya. Syukurlah jika sempurna semua sifat. Jika tidak berpuas hati bererti kita menghina ciptaan Tuhan. Ingatlah, ada juga yang lahir tidak punya tangan, mata, dan kaki. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Aku bersyukur kerana inilah aku. 


Kembali lagi..

Current Mood: Normal
Current Listening: Teman Pengganti (Malique ft Black)
Weather: Hujan renyai2

Wahhhhh!! sudah lama tak membuka blog & sudah lama tak berkarya.. hahahaha *ketawa perasan* walaupun karya aku hanya karya picisan tapi aku sangat menghargai karya aku sendiri *wink-wink*. Kebanyakan apa yang aku tulis berkaitan dengan cinta dan apa yang aku rasa. Kali ni kalau boleh aku nak kurangkan... hmm.. kalau boleh.. hahaha
Dah setahun lebih aku menyepi daripada menulis. Idea ada cuma masa yang tak ada.. banyak masa aku luangkan untuk kejar cita-cita yang tak pernah terkejar..*sigh*

Tuesday, April 19, 2011

Suka, Sedih, Simpati, Marah..

Current Mood: Mood manusia normal
Current Listening: Love Affair (Copeland)
Weather: Panasssss~

Adalah lebih baik menjadi manusia tiada perasaan..

p/s: aku masih normal.. rupanya aku tidak jatuh cinta. En. Putera Idaman?? aku hanya suka tetapi tidak cinta.. hahaha

Sunday, April 17, 2011

Cerita tentang hati

Current Mood: Adakah ini cinta?? ~~ <3
Current Listening: Bukan Cinta Biasa (Afgan)
Weather: IDK ;P

Bangun tidur teringat kamu
Ketika makan teringat kamu
Semasa menonton teringat kamu
Ingin tidur teringat kamu
Semuanya teringat kamu!!!

PS: Satu hari teringat my Encik Putera Idaman.. I hate ur friends Encik Putera Idaman!! mereka selalu tak memberi peluang untuk aku sampaikan sesuatu kepada kamu!! Damn~~ aku sudah 5 hari tidak berhubung dengan kamu dan kenapa mereka harus menganggu tatkala aku ingin memberitahu kamu... i miss u sooooo damn muchhhhh~
PSS: Adakah aku sudah jatuh cinta?!?!?!? Oh nooooooooo!!!!

Monday, April 11, 2011

Tiada kata secantik bahasa

Current Mood: Normal mood
Current Listening: Ingin Bersamamu (Syafinaz)
Weather: Normal

Bila tinta bertemu pena
Terlakar kata penuh makna
Rangkap disusun penuh bahasa
Biar indah bahasa ibunda


Tiada aku kaya harta
Cuma aku kaya idea
Menulis puisi bukan untuk sayembara
Hanya sekadar suka semata

Bila malam menjelang tiba
Rakusnya idea datang menjelma
Tak lekang pena menari ria
Di atas kertas terhimpun bicara

Cintaku pada seni dan juga bahasa
Tak pernah padam walau seketika
Dari kecil ke remaja hinggalah dewasa
Aku berharap kekal hingga lanjut usia

Bahasa dikata jiwa bangsa
Jika rosak bangsa maka rosaklah bahasa
Harap bahasaku tidak hilang di dunia
Kerana ia berharga lebih dari emas permata

Kuhimpun segala kata biar ada satu rima
Bila dibaca seperti ada nada dan irama
Biarpun tidak nampak sebegitu sempurna
Tapi aku puas kerana terhasil sebuah karya

#sabrina#

Tuesday, April 5, 2011

Frustration..

Current Mood: Moody~~
Current Listening:All About You (Bruno Mars)
Weather: Hottttttt~~

Kekecewaan seperti membunuh diri
Hilang kewarasan berfikir sejenak

p/s: Tuhan sila tolong saya!!

Thursday, March 31, 2011

Kasih yang sirna

Current Mood: Happy~~
Current Listening: Hero ( Enrique Iglesias)
Weather: Cold

Kini aku mengerti
Kamu tidak layak untuk dicintai
Kerna aku bidadari
Dan kamu bukan orang suci

Mata hatiku dahulu mungkin buta
Memilih kaca dari permata
Bila nanti disuatu masa
Arjuna sebenarku pasti menjelma

Kamu dan dia mungkin serasi
Jika bersamaku bagai langit dan bumi
Sumpah dewa cinta biar saling membenci
Biar kasih tidak terpatri
Takut kelak panahan cinta membunuh diri

#SABRINA#

My Baby You

Current Mood: Flying in the sky~~ weeeeeeee
Current Listening: My Baby You (Marc Anthony)
Weather: Cold


"You know when you have found your prince because you not only have a smile on your face but in your heart as well..."

Monday, March 28, 2011

Natijahku

Current Mood: Unknown
Current Listening: Taubat (Radja)
Weather: IDK

Tidak perlu untuk menoleh 
Jika di belakang biarlah ia tertinggal
Natijah jangan ditentang
Kelak akan jadi penghalang
Mara terus ke hadapan
Bergerak dengan sedetak anjakan

#sabrina#




Sinar harapan..

Malam Kosa Kata

Current Mood: Unknown
Current Listening: DJ Got Us Falling In Love Again (Usher)
Weather: IDK

Malap.. Gelap.. Suram.. Kelam
Sakit.. Perit.. Jerit.. Pedih
 


 

Bayang diri..

Current Mood: Moody -_-
Current Listening: listening nothing
Weather: hot~~~~

Kata hati tak pernah diperhalusi,
Cermin kotak diri yang penuh sisi,
Selalu diperdaya oleh permainan ilusi,
Kedegilan diri kadang kala tersangsi,
Kecetekkan fikiran menjadi paksi,
Menjunam diri ke lembah tragedi.

#SABRINA#

Thursday, March 24, 2011

Selamat Ulang Tahun Perpisahan

Current Mood: Normal
Current Listening: Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain)
Weather: IDK

Selamat Ulang Tahun Perpisahan Pertama =)




Biarkan mereka berkata..

Current Mood: Normal
Current Listening: Song For A Friend (Jason Mraz)
Weather: IDK

Ketika mereka berkata-kata
Aku hanya memekakkan telinga
Tiada apa yang inginku dengari
Walau hanya sebaris bicara
Apa yang berlaku mereka tak tahu
Duka lara tersemat seribu
Cerita cintaku panjang berliku
Sakitnya hati menanggung rindu.
#SABRINA#

Thursday, March 17, 2011

Sudah Lama Tidak Mendengar Deringan Lagu Ini.. T_T

Current Mood: Missing Someone
Current Listening: My Boo ( Usher ft Alicia Keys)
Weather: IDK
 
 

Thursday, February 24, 2011

Bersawang lagi..

Current Mood: Gloomy~
Current Listening: If i ain't got you (Alicia Keys feat Usher)
Weather: IDK

Sudah lama aku tidak menulis..actually banyak benda ingin aku tulis..tapi akibat kemalasan untuk menaip maka bersawang lar blog aku buat sementara.. lately aku banyak dipengaruhi oleh emosi yang kurang stabil..huhuhu

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

Current Mood: Happy
Current Listening: Airplanes (B.OB feat. Hayley Williams of Paramore)
Weather: Hotttt


HAPPY NEW YEAR!!!!!
&
HAPPY BIRTHDAY TO ME =)

Saturday, December 11, 2010

I Wish..

Current Mood: Gloomy saturday
Current Listening: creep ( David Cook)
Weather: IDK

" I WISH I WAS SPECIAL..."